Saturday, 31 August 2013

Jom Pakat Kite


Radio Internet sebagai sumber maklumat dan hiburan kepada  rakyat yang mahukan perubahan.  http://MARANGfm.blogspot.com

Tanda-tanda Orang MunafiQ

Sunnah Rasulullah SAW

Sunnah Rasulullah SAW sebagai satu cara hidup agar setiap aspek kehidupan adalah satu ibadah dan diberi ganjaran pahala amal.

" Barangsiapa yang menghidupkan satu Sunnah dari Sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun “.

jika benar cinta
pasti ada kerinduan untuk bertemu

jika sungguh kasih
pasti akan dituruti kemahuannya

apakah bukti cinta dan kasih kepadanya ?
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

BELAJAR DAN AMAL
satu minggu satu sunnah

• Ketawa
• Istighfar
• Bersiwak
• Menguap
• Sesaat di jalan Allah
• Minum tangan kanan
• Langkah kanan
• Makan tiga jari
• Jaminan Allah
• Gunting bulu
• Jangan bersiul
• Panjang lengan baju
• Doa dalam sujud
• Pakaian kesukaan
• Adab makan
• Menu harian pertama
• Wuduk sebelum tidur
• Pakai cincin perak
• Simpan janggut
• Adab tidur
• Panjang pakaian
• Solat berjemaah
• Posisi tidur baring
• Minum lepas makan
• Tidur siang
• Beri salam
• Berdiri hormat
• Warna pakaian yang dilarang
• Makan bersama orang miskin
• Warna pakaian kegemaran
• Hisap air dalam hidung
• Beri makan anak yatim
• Larangan pakai cincin
• Kongsi makanan
• Pakai dan tanggal kasut
• Adab tandas
• Panjang rambut
• Adab berpakaian
• Belajar berenang dan berkuda
• Solat Malam
• Adab Hormat
• Pelihara pandangan mata
• Makan garam
• Cara minum
• Baca Quran
• Adab berbuka puasa

Banyak lagi amalan seharian yang telah dilupakan dan ditinggalkan sedangkan semua amalan itu adalah amalan hidup seharian yang dilakukan oleh semua orang.

Belajarlah Perlahan-lahan dan Amalkan Satu Minggu Satu Sunnah

Tak payah belajar banyak-banyak tapi tidak diamalkan.

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha, bahawa Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang istiqamah walaupun sedikit.”

email : amalsunnah@gmail.com
facebook : Amalan Sunnah

Friday, 30 August 2013

Sifat Orang Munafiq

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.


1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempatkan diri disaf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah s.a.w orang-orang munafiQ sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢)

Ertinya:Sesungguhnya orang-orang munafiQ itu menipu Allah s.w.t,sedang Allah s.w.t menipu mereka(membalas tipuan mereka).Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah s.w.t,melainkan hanya sedikit. (An-Nisa 142)
Orang MunafiQ jika dating ke masjid,dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.



2.Lupa Kepada Allah S.w.t
Orang munafiQ memiliki sifat kemunafiQan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah s.w.t baik ketika senang atau susah.

Firman Allah s.w.t.:
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَيۡهِمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَأَنسَٮٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٩)

Ertinya:
“Mereka telah dikuasai oleh syaitan,lalu lupa mengingati Allah s.w.t.Mereka itulah golongan(pengikut)syaitan.Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.”
(Al-Mujadalah:19)


3.Melalaikan Solat Fardu
Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya.Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah s.w.t di akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t:
۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا (٥٩)

Ertinya:
“Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat,mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu,sebab itu mereka menemui kejahatan(seksa)Allah s.w.t”
(Maryam:59)

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang-orang yang solat,mereka itu lalai daripada solat,mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat
(Al-Ma’un:47)

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Eritinya:
“Hai orang-orang beriman,janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah s.w.t(solat).Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.”
(Al-Munafiqun:9)

Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan:

Ertinya:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang yang lalaikan solatnya,maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya’
(HR.Tirmizi)

Dalam Hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti,sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya,dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti,bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun,Qarun,Haman,Ubaiy bin khalaf.”
(HR.Ahmad dan Tabrani)


4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanparasa khusyuk dan lupakan Allah s.w.t,maka solatnya tidak diterima Allah s.w.t.Itulah solat orang-orang munafiQ.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Ertinya:

“Itulah solat orang munafiQ,lalu mempercepatkan empat rakaat”
(HR.Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:


Ertinya:

“Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya.Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk,sujud,dan bacaan di dalam soaltnya.”
(HR.Ahmad dan Hakim)

5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani,mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’I,tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan,maka dia tergolong orang munafiQ.

Sabda Rasulullah s.a.w”


Ertinya:

“Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah,kecuali orang munafiQ yang sudah diketahui kemunafikannya.”
(HR.Muslim)

6.Meninggalkan Solat Jumaat
Dalam islam solat JUMAAT adalah wajib.maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiQ.

Rasulullah S.a.w Bersabda:


Ertinya:

“Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya,maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.”
(HR.Abu Dauh dan Nasa’i)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah s.w.t akan mematri hati mereka,kemudian mereka menjadi(menafik)yang lalai.”
(HR.Muslim)

7.Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.
Orang yang berpura-pura melakukan kebaikandi tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafik yang amat dibencikan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:

يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَلَا يَسۡتَخۡفُونَ مِنَ ٱللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمۡ إِذۡ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرۡضَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطًا (١٠٨)

Ertinya:Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah.Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah s.w.t.Allah meliputi(pengetahuan-Nya)apa-apa yang mereka kerjakan.

(An-Nisa’:108)

8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.
Orang-orang munafik inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman.Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam.

Firman Allah s.w.t:

ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنڪَرِ وَيَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَقۡبِضُونَ أَيۡدِيَہُمۡۚ نَسُواْ ٱللَّهَ فَنَسِيَہُمۡۗ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٦٧)

Ertinya:

“Orang-orang munafik lelaki dan wanita,sesetengahnya serupa dengan yang lain.Mereka menyuruh(berbuat)yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya(bakhil).Mereka lupakan Allah s.w.t lalu Allah s.w.t melupakan mereka.Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang fasik.”
(Al-Taubah:67)

9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.

Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya.Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran.


Firman Allah s.w.t:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩)

Ertinya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab,nescaya mereka itu dikutuk Allah s.w.t dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’
(Al-Baqarah:159)

Firman Allah s.w.t:

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ (١٨٧)

Ertinya:

“Ingatlah ketika Allah s.w.t mengambil janji orang-orang ahli kitab:”Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya,lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya(tidak tepati)dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit.Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.”
(Ali-Imran:187)

Rasulullah s.a.w bersabda:


Ertinya:

“Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya,maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.”
(HR.Ata’)

Rasulullah s.a.w bersabda:


“Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.a.w bersabda:’Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya,nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.”

(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

10.Mengamalkan Riak.
Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menutut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda,iaitu malas apabila bersendirian,rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela.
Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil,merosakkan amal kebajikan,meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦)

Ertinya:
“Maka celakalah(azab)bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya,lagi mereka itu riak.”

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبۡطِلُواْ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُ ۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ

Ertinya:
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.”
(Al-Baqarah:264)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil,lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?”Kemudian baginda s.a.w bersabda:”Iaitu riak.””
(HR.Ahmad dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda.:

Ertinya:
“Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim,Hai orang yang menyeleweng,Hai orang yang berbuat riak,amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia.Pergilah,maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.”
(HR.Ibnu Abid Dunya)


  


11. HASAD DENGKI


Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya.Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan,kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya.Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam,permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.



Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik.



Firman Allah s.w.t.:
أَأَمۡ يَحۡسُدُونَ ٱلنَّاسَ عَلَىٰ مَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۖ فَقَدۡ ءَاتَيۡنَآ ءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَءَاتَيۡنَـٰهُم مُّلۡكًا عَظِيمً۬ا (٥٤)

Ertinya:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"
(An-Nisa':54)

Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.

Firman Allah s.w.t:

 وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

Ertinya:
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka,lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan."
(HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)

Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.

Rasulullah s.a.w bersabda.:
Ertinya:
"Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah s.w.t lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah s.w.t lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12.DUSTA


Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai denagn keadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.



Firman Allah s.w.t:

إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ (١٠٥)


Ertinya:
"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(An-Nahl:105)

Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya."
(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR.Muttafaq 'Alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik."
(HR.Ibnu 'Adi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Tanda orang munafik itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat."
(HR.Muttafaq Alaih)

Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan  tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya.

Firman Allah s.w.t:
 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ۬ كَذَّابٌ۬ (٢٨)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta."
(Al-Mukmin/Ghafir:28)

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar."
(Az-zumar:3)

13 MUNGKIR JANJI


Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib.



Firman Allah s.w.t:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ


Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu."
(Al-Maidah:1)

Firman Allah s.w.t:
وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٤)

Ertinya:
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
(Al-Isra':34)

Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak,amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan.Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini,maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya,maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut,apabila ia berbicara ia berdusta,apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri."
(HR.Bukhari dan Muslim)

14. BAKHIL


Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafik.Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain.Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain.



Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat,enggan membayar akat.Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam.



Firman Allah s.w.t:
وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۖ بَلۡ هُوَ شَرٌّ۬ لَّهُمۡ‌ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ 

Ertinya:
"Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah s.w.t kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka.Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat."
(Ali Imran:180)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah terhadap kezaliman,sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat.Takutlah terhadap bakhil,sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu,ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka."
(HR.Muslim dari Jabir r.a)

Ertinya:
"Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti."
(HR.Ahmad)

islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup.malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٩)

Ertinya:
"barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya."
(Al-Hasyr:9)





15.FITNAH




Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain.Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.



 Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati,kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan



Firman Allah s.w.t:
وَلَا تُطِعۡ كُلَّ حَلَّافٍ۬ مَّهِينٍ (١٠) هَمَّازٍ۬ مَّشَّآءِۭ بِنَمِيمٍ۬ (١١) مَّنَّاعٍ۬ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ (١٢)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah,banyak menghalang berbuat baik,melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."
(Al-Qalam:10-12)

Firman Allah s.w.t:
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)

Ertinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al-Baqarah:10)

Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah s.w.t:
 وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ 

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan."
(Al-Baqarah:191)

Firman Allah s.w.t:
 وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۗ 

Ertinya:
"Dan fitnah itu lebih besar(dosanya)daripada membunuh."
(Al-Baqarah:217) 

Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah s.w.t.Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah s.w.t didunia dan akhirat.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡغَـٰفِلَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ لُعِنُواْ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٢٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh(memfitnah)wanita-wanita yang baik lagi beriman,berzina,mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar."
(An-Nur:23)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Seburuk-buruk hamba Allah s.w.t iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."
(HR.Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."
(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu ,bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan.Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ

Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita(fitnah),maka perhatikanlah dengan teliti(kebenarannya)."
(Al-Hujurat:6)



16.MENCACI MAKI




Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang.Sikap demikian adalah termasuk amalan orang munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.



Firman Allah s.w.t:

وَٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ بِغَيۡرِ مَا ٱڪۡتَسَبُواْ فَقَدِ ٱحۡتَمَلُواْ بُهۡتَـٰنً۬ا وَإِثۡمً۬ا مُّبِينً۬ا (٥٨)

Ertinya:
"Orang-oran yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya,maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab:58)

Islam adalah agama universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan dan keturunan.Malah umat islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan berakhlak mulia berlandaskan iman.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ 

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghina(mencaci)suatu kaum yang  dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina."
(Al-Hujurat:11)Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk(sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abi Hurairah)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang mukmin bukanlah orang yang suka mencaci,bukan suka menghina,bukan yang suka berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."
(HR.Muslim)

Dalam islam setiap muslim itu bersaudara terhadap sesama muslim yang lain dan tidak menghina atau menganiaya.Jika seseorang itu menghina,mengutuk atau mengeji,maka dianggap berlaku jahat sesama muslim.

Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(."
(HR.Muslim)

17.MENGUMPAT




Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan,kelemahan peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya.Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain.


Dalam islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik.Islam melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk.



Firman Allah s.w.t:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ 

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan buruk sangka(sesama muslim)kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat yang lain."
(Al-Hujurat:12)



46. MEMBUAT KEROSAKAN DIMUKA BUMI.

Islam menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera berlandaskan iman dan takwa.Setiap muslim wajib menjauhi dan meninggalkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri,masyarakat,agama dan negara.Oleh itu,seseorang yang melakukan kerosakan di muka bumi ini seperti maksiar dan segala bentuk dosa besar adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dimurkai Allah s.w.t dan akan mendapat balasan azab dari-Nya di hari akhirat.

Firman Allah s.w.t:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ (١٢)



Ertinya:

"Apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat bencana dimuka bumi'.maka jawab mereka:'Hanya kami berbuat kebaikan.Ingatlah sesungguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sedar."
(Al-Baqarah:11-12)

Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ (٢٠٥)

Ertinya:
"Apabila ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan tanaman dan anak-anak.Dan Allah s.w.t tiada mengasihi kebinasaan itu."
(Al-Baqarah:205)

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang-orang yang berbuat bencana itu.'
(Al-Qasas:77)


47. MENUDUH ORANG BERIMAN BODOH.

Orang munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang memudaratkan.Justeru itu,mereka mudah menuduh orang beriman bodoh atau kurang ilmu pengetahuan dalam menangani urusan kehidupan.
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ‌ۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ (١٣)



Ertinya:

"Apabila dikatakan mereka:'Berimanlah kamu sebagaimana manusia beriman',Mereka berkata:'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang bodoh yang telah beriman.Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh,tetapi mereka tidak mengetahui.""

(Al-Baqarah:13)
Berdasarkan ayat diatas,jelas orang-orang yang munafik adalah golongan yang bodoh kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.


48. MENGUBAH DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH S.W.T


Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia adalah suci,mengandungi kebenaran yang hak,sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau merosakkannya.


Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas,cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut  kehendak sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu,maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat islam,Al-Quran dan sunnah.



Firman Allah s.w.t:

وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)

Ertinya:
"Dan berimanlah kamu kepada(Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan(kitab)yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir(ingkar)dengan dia dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah kepada-Ku."
(Al-Baqarah:41)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja,maka tempatnya dalam neraka."
(HR.At-Tarmizi)


49. BERSUMPAH DENGAN SELAIN NAMA ALLAH S.W.T


Bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara batil dan maksiar adalah dilarang keras dalam islam.Oleh itu,umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu sumpah agar tidak berlawanan dengan prinsip ajaran Al-Quran dan sunnah serta tidak mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t


Perbuatan bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang-orang munafik mengakui kebenaran sesuatu kedakwaannya.



Firman Allah s.w.t:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَـٰنِہِمۡ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡہِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٧٧)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang yang menukar janji Allah s.w.t dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit.Mereka itu tidak mendapat kebahagian(pahala)di akhirat dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka.Bagi mereka azab yang pedih."
(Ali Imran:77)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama-nama ayahmu."
(HR.Muslim)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Daripada Ibnu Umar r.a bahawa ia mendengar seorang lelaki berkata:'Demi kaabah,lalu dia(Ibnu Umar)berkata:Janganlah kamu bersumpah dengan selain Allah s.w.t,sebab saya mendengar Rasulullah s.a.w berkata:'Barangsiapa bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t,maka sungguh dia telah kafir dan syirik."
(HR.At-Tirmizi)


50. BERASA GEMBIRA APABILA MUSIBAH MENIMPA ORANG BERIMAN.

orang munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum muslimin.Oleh itu,apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat sesuatu musibah mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada masyarakat sambil memperlihatkan simpati dan kesedihannya.Tetapi pada nasib malang yang dialami oleh kaum muslimin.
Firman Allah s.w.t:
إِن تُصِبۡكَ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡ‌ۖ وَإِن تُصِبۡكَ مُصِيبَةٌ۬ يَقُولُواْ قَدۡ أَخَذۡنَآ أَمۡرَنَا مِن قَبۡلُ وَيَتَوَلَّواْ وَّهُمۡ فَرِحُونَ (٥٠)

Ertinya:
"Jika kamu mendapat kebajikan,nescaya menyakitkan hati mereka,tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan sukacita."
(At-Taubah:50)


Orang munafik tidak akan senang,tetapi jika kamu
tetapi jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan Sukacita(bergembira)."

Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.
Demikianlah secara ringkas pembahasan tanda-tanda orang munafik berdasarkan keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .Semoga ianya dapat dijadikan introspeksi diri setiap muslim dalam menuju wawasan gidup berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Rujukan

1.Al-Quran Al-Karim
2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri
3.Al-Kabir,Imam Syamsuddin Az-Zahabi
4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali
5.Jamius Sahih,Imam Bukhari dan Imam Muslim
6.Sahih Muslim,Imam Muslim
7.Tafsir Al-Quran Karim,Prof.Dr.Mahmud Yunus.

wassalam..semoga bermanfaat